MPHL atau alopesia (botak) androgenetik merupakan punca keguguran rambut yang paling biasa berlaku, mewakili lebih 80 peratus daripada kesemua kes keguguran rambut di kalangan lelaki.
Lain-lain penyebab kehilangan rambut termasuklah:
* Telogen effluvium. Satu keadaan sementara yang selalunya terjadi disebabkan oleh tekanan seperti kehamilan, trauma atau pembedahan.
* Areata alopesia. Satu keadaan di mana sistem imun badan sendiri menekan peringkat pertumbuhan akar rambut (bahagian rambut yang tertanam di dalam folikel di bawah kulit). Areata alopesia menyebabkan rambut gugur dalam bentuk setompok dan boleh menjejaskan keseluruhan tubuh badan termasuk rambut pada anggota muka dan alat sulit.
* Keadaan kulit kepala. Jangkitan kulat atau penyakit psoriasis iaitu sejenis penyakit kulit yang kronik pada kulit kepala, juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
* Masalah perubatan sedia ada. Penyakit-penyakit seperti hipotiroidisme.
Memahami Kitaran Pertumbuhan Rambut
Terdapat tiga peringkat kitaran pertumbuhan rambut yang normal:
1. Anagen (pertumbuhan)
Rambut-rambut yang baru tumbuh daripada dasar folikel (lubang atau bukaan pada permukaan kulit di mana rambut tumbuh melaluinya). Fasa pertumbuhan yang normal ini selalunya memakan masa bertahun-tahun dan hasilnya adalah rambut yang tumbuh sepenuhnya.
2. Catagen (rehat)
Pada peringkat ini, rambut berhenti tumbuh dan akar rambut mula mengecut. Dasar folikel pecah dan rambut bergerak ke atas di dalam folikel, jauh daripada akar dan pembuluh darah yang membekalkan nutrien.
3. Telogen (pertumbuhan semula)
Rambut yang telah matang kini melekat longgar ke akar rambut. Ia lazimnya akan gugur selepas beberapa bulan ataupun setelah ditolak oleh rambut baru yang tumbuh di bawahnya.
Apakah yang Menyebabkan MPHL?
MPHL terjadi disebabkan oleh interaksi hormon-hormon kulit kepala lelaki dengan risiko genetik, yang mempengaruhi kitaran pertumbuhan rambut yang normal.
Dalam erti kata lain, MPHL mempunyai kaitan dengan dua faktor utama iaitu gen dan hormon.
Apakah yang akan terjadi kepada rambut jika saya mempunyai MPHL?
1. Hormon lelaki iaitu androgen hadir di dalam folikel rambut, khususnya hormon testosteron. Turut hadir adalah sejenis enzim yang dikenali sebagai 5-alpha-reductase (5aR).
2. Apabila testosteron berinteraksi dengan enzim, hormon akan ditukarkan menjadi dihydrotestosterone atau DHT.
3. Apabila wujud DHT yang berlebihan di dalam akar rambut, fasa anagen kitaran rambut dipendekkan. Hasilnya adalah rambut yang lebih pendek, halus dan kurang kelihatan.
4. Ini selalunya berlaku pada verteks iaitu bahagian yang tertinggi pada kepala dan pada garisan kepala - corak keguguran rambut di kalangan lelaki yang paling klasik.
Lain-lain Faktor Risiko MPHL?
* Jantina - lelaki secara umumnya lebih cenderung menderita masalah keguguran rambut disebabkan oleh jumlah hormon testosteron yang lebih banyak mereka hasilkan.
* Sejarah keluarga - kejadian MPHL di kalangan ayah, bapa saudara, datuk dan kedua-dua belah ibu dan bapa boleh mendedahkan seseorang kepada keadaan ini.
* Usia - adalah dianggarkan kira-kira 30 peratus lelaki yang berumur 30 tahun akan mendapat beberapa bentuk keguguran rambut manakala 50 peratus akan mengalaminya tatkala umur mencecah 50 tahun.
* Tekanan - stres yang kronik dan berterusan boleh mempercepatkan MPHL.
Thursday, May 14, 2009
Sunday, May 10, 2009
Minyak kelapa dara
Saya ingin berkongsi pengalaman saya sejak mengunakan minyak kelapa dara. semua ahli keluarga saya mengamalkannya.
Saya mengalami masaalah rambut gugur . Setiap kali saya membasuh rambut, pastinya terlalu banyak rambut yang gugur hinggakan nampak kulit kepala.Biasanya kaum lelaki akan alami masaalah botak kepala dibahagian tengah kepala begitu juga dengan saya. Tapi sejak saya gunakan minyak kelapa dara minum 1 sudu pagi ,1 sudu malam dan disapu dibahagian kawasan yang tiada rambut ,seeloknya buat macam pakai minyak rambut sapu keseluruh bahagian rambut.
Dua minggu kemudian saya amat terperanjat bila isteri saya memberitahu kawasan yang botak itu telah ditumbuhi anak rambut dan kini bahagian tengah kepala saya telah penuh ditumbuhi rambut.
Pada mereka yang mengalami masalah botak di tengah kepala kenapa tidak mencuba minyak kelapa dara.
Abd. Rahman
Matahari Height
Senawang N. Sembilan

2 jenis rawatan rambut
Saya seorang lelaki berusia pertengahan 20-an. Saya baru saja keluar dari universiti dan sedang mencari pekerjaan. Apa yang merisaukan, saya mula kehilangan rambut. Dahi saya kelihatan jendul dan luas. Adakah masalah ini berkaitan genetik kerana abang saya juga berhadapan dengan masalah sama yang akhirnya menjadi botak atau masalah itu berkaitan dengan tekanan disebabkan belum mendapat pekerjaan?
Pemuda hampir botak
melalui e-mel
JAWAPAN:
Saya amat memahami kerunsingan yang saudara hadapi berhubung dengan masalah rambut saudara. Lebih menekan, tentu saja usia saudara masih muda sedangkan kepala sudah hampir botak.
Berdasarkan cerita, abang saudara juga mengalami masalah yang sama dan menjadi botak. Masalah yang saudara alami ini dikenali sebagai ‘androgenetik alopecia”
Androgenetik alopecia atau dikenali juga sebagai kebotakan pada lelaki (male pattern baldness). Masalah ini disebabkan faktor keturunan atau gangguan hormon. Masalah ini boleh diwarisi sama ada melalui bapa, ibu atau kedua-duanya sekali.
Untuk pengetahuan, pertumbuhan rambut melalui tiga fasa, iaitu fasa anagen (pertumbuhan), fasa catagen (perubahan) dan fasa telogen (rehat dan gugur). Setiap hari rambut akan gugur dan secara umum rambut yang gugur kurang daripada 100 helai sehari dianggap sebagai normal. Pusingan pertumbuhan rambut akan berulang apabila rambut yang gugur ini tumbuh dari folikel rambut yang sama.
Kadar pertumbuhan rambut seseorang dipengaruhi oleh faktor usia. Semakin meningkat usia seseorang, semakin perlahan fasa pertumbuhan rambut seseorang itu.
Hormon testosteron diperlukan untuk pertumbuhan rambut yang sihat. Individu yang menghadapi masalah androgenetik alopecia ini mempunyai kadar ‘enzim 5 alpha reductase’ yang tinggi. Enzim ini menukar testosteron menjadi dihydrotestosterone (hormon tidak aktif). Ia kemudian mengakibatkan fasa anagen menjadi singkat dan rambut gugur lebih awal daripada sepatutnya dalam jumlah yang banyak.
Ia juga menyebabkan folikel rambut menjadi kecil. Akibatnya rambut menjadi sedikit dan boleh botak.
Sehingga kini hanya ada dua jenis ubat-ubatan yang diluluskan dan terbukti berkesan untuk merawat masalah androgenetik alopecia iaitu ubat sapu ‘minoxidil’ dan ubat makan ‘finasteride’. Saya nasihatkan saudara berjumpa pakar kulit untuk pemeriksaan dan rawatan yang tepat.
Jawapan disediakan:
Dr Noraziah Abd Kadir Jailani,
Pakar Perubatan Am dan Dermatologi
Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam.

Tips
- Mengamalkan gaya hidup seimbang dengan pengambilan makanan sihat amat penting kerana hampir 90 peratus komponen penting rambut adalah protein.
- Kesihatan rambut banyak bergantung kepada pengambilan zat seperti kalsium dan zink. Bagaimanapun, mengambil terlalu banyak vitamin A dan D juga boleh menyebabkan rambut gugur.
- Minuman berkarbon seperti air berkarbonat dan kopi boleh memburukkan masalah rambut gugur. Minuman itu perlu dielakkan dan kalau boleh minum air kosong lebih banyak atau air yang boleh menyejukkan badan seperti barli, kacang soya atau kelapa.
- Kerap menyapu minyak pada rambut terutama menggunakan minyak asli seperti minyak kelapa.
- Lakukan rawatan wap rambut bagi membuka liang untuk membolehkan rambut baru tumbuh.
- Elakkan terlalu kerap mewarna rambut mahupun penggunaan produk berasaskan kimia.
- Gunting rambut secara tetap bagi menggalakkan rambut tumbuh lebih lebat.

Kurang air rambut gugur
MASALAH keguguran rambut memang merunsingkan apatah lagi jika ia sudah menampakkan bahagian tertentu di kepala.
Begitupun, untuk mencari produk rawatan yang bersesuaian tanpa mengandungi bahan kimia berbahaya bukan mudah kerana tidak banyak jenama yang menyediakan kaedah rawatan menggunakan ramuan semula jadi.
Keguguran rambut sering dikaitkan dengan faktor genetik, tekanan, penggunaan bahan kimia berlebihan (seperti syampu dan pewarna rambut), ketidakseimbangan hormon serta diet yang tidak sihat.
Namun, masih ramai di kalangan masyarakat di negara ini tidak mengetahui bahawa keguguran rambut juga sebenarnya berpunca daripada kekurangan air di dalam badan.
Air adalah elemen penting dalam badan manusia dan kekurangannya boleh menyebabkan pelbagai penyakit serta mengakibatkan rambut mudah gugur.
"Ramai antara kita tidak mengetahui bahawa kepanasan dalam badan boleh menyebabkan rambut mudah gugur, kelemumur serta menghasilkan warna air kencing lebih kuning daripada biasa.
"Untuk itu, kita digalak minum air secukupnya iaitu lapan gelas sehari bagi menuetralkan kepanasan berkenaan,

FAKTA RAMBUT
* Rambut adalah tisu paling cepat tumbuh pada tubuh.
* 35 meter serat rambut dihasilkan setiap hari pada tempurung kepala golongan dewasa
* Secara umumnya, tempurung kepala ditumbuhi 100,000 helai rambut (untuk rambut hitam), 80,000 (merah), perang (120,000)
* 90 peratus tempurung kepala ditumbuhi rambut manakala 10 peratus lagi ‘berehat’ * 100 helai rambut gugur setiap hari dianggap biasa
* Penggunaan banyak bahan kimia boleh menyebabkan masalah keguguran rambut
* Kekurangan zat besi dan ketidakseimbangan tiroid boleh juga menyebabkan masalah keguguran rambut
* Hampir 50 peratus lelaki akan mula berhadapan dengan masalah keguguran rambut pada usia 50 tahun.
* Pada usia 50 tahun juga, kebanyakan wanita mula putus haid dan akan berhadapan dengan masalah sama.
Sumber; Dr Jerry Shapiro, Director University of British Columbia Hair Research and Treatment Centre Vancouver Hospital and Health Sciences Centre.

Faktor rambut tidak sihat
RAMBUT merupakan antara aset paling berharga manusia. Selaku mahkota, sebarang kecacatan kecil yang berlaku pasti menjejaskan penampilan keseluruhan seseorang.
Keadaan rambut yang kusut, tidak bermaya, berkelemumur, penipisan rambut, rambut gugur dan elopecia adalah sebahagian daripada sejumlah masalah yang dialami oleh semua lapisan masyarakat hari ini. Semuanya gara-gara gaya hidup tidak sihat, pemakanan kurang seimbang dan pelbagai faktor lain.
Kebiasaannya, ketidakseimbangan ketiga-tiga aspek tenaga inilah yang mengundang kesakitan kepada manusia sehingga menjejaskan kesihatan rambut

Kekurangan nutrisi punca rambut gugur
Oleh HAFIZAH ISZAHANID
Masalah keguguran rambut lebih kerap dikaitkan dengan lelaki kerana hormon testosterone. Secara genetik, 70 peratus lelaki sensitif dengan hormon ini dan seawal usia 18 tahun, folikel rambut yang sensitif akan semakin lemah dan menyebabkan rambut yang tumbuh semakin sedikit dan seterusnya langsung tiada.
Wanita juga sebenarnya berhadapan masalah sama. Banyak faktor boleh dikaitkan dengan masalah kekurangan rambut. Satu daripadanya menurut Pakar Nutrisi Persatuan Penyelidikan Miami, Doug Kalman, kekurangan beberapa jenis nutrisi cenderung menyebabkan rambut kering, suram dan putus.
Beliau berkata, mereka yang mengamalkan diet rendah lemak atau diet tanpa lemak akan lebih berisiko mengalami masalah kehilangan rambut yang berkait dengan nutrisi.
“Kekurangan asid lemak menyebabkan tempurung dan kulit kepala kering. Jika folikel rambut tidak sihat, seseorang itu akan mudah berhadapan dengan keguguran rambut,” katanya.
Asid lemak Omega-3 boleh ditemui dalam ikan salmon dan mackerel selain kacang macadamia. Wanita terutamanya disarankan mengambil asid lemak Omega-3, tiga kali seminggu untuk kesihatan kulit dan rambut.

Subscribe to:
Posts (Atom)