Sunday, May 10, 2009

Kurang air rambut gugur

MASALAH keguguran rambut memang merunsingkan apatah lagi jika ia sudah menampakkan bahagian tertentu di kepala.

Begitupun, untuk mencari produk rawatan yang bersesuaian tanpa mengandungi bahan kimia berbahaya bukan mudah kerana tidak banyak jenama yang menyediakan kaedah rawatan menggunakan ramuan semula jadi.

Keguguran rambut sering dikaitkan dengan faktor genetik, tekanan, penggunaan bahan kimia berlebihan (seperti syampu dan pewarna rambut), ketidakseimbangan hormon serta diet yang tidak sihat.

Namun, masih ramai di kalangan masyarakat di negara ini tidak mengetahui bahawa keguguran rambut juga sebenarnya berpunca daripada kekurangan air di dalam badan.

Air adalah elemen penting dalam badan manusia dan kekurangannya boleh menyebabkan pelbagai penyakit serta mengakibatkan rambut mudah gugur.

"Ramai antara kita tidak mengetahui bahawa kepanasan dalam badan boleh menyebabkan rambut mudah gugur, kelemumur serta menghasilkan warna air kencing lebih kuning daripada biasa.

"Untuk itu, kita digalak minum air secukupnya iaitu lapan gelas sehari bagi menuetralkan kepanasan berkenaan,

No comments:

Post a Comment